Welcome To My Life...

Thursday, May 26, 2011

Aku & Doktor : Part 3

Entri wajib jenguk : Aku Jadi Doktor..

Assalamualaikum,..tee hee hee..semangat giler aku bangun awal pagi..macam doktor tengah on call jer..haha..semalam penat sangat nak cerita tentang hari ketiga dan terakhir aku berada dalam Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelajar2 tajaan JPA bagi Program Ijazah Luar Negara 2011 di Hospital Sultanah Bahiyah...seramai 22 orang termasuk aku terlibat dalam dua hari pertama..tapi semalam bertambah sorang lagi..senior2 medik jangan gelakkan aku yer..junior2 pulak siap lar korang...hahaha..=D


Aku sampai lewat untuk hari terakhir nie..adik aku makan sarapan kat kedai lambat sangat..berpuluh-puluh kali aku tengok jam on the way ke hospital memandangkan aku nie kan punctual..yela sangat kan..huhu..aku sampai lewat 5 minit jer daripada waktu yg sepatutnya tapi dah tak ada orang kat tempat berkumpul.."aduh, matilah aku!" detik hati aku masa tu..aku tanya orang dalam pejabat penolong pegawai perubatan tapi diorang pun tak tahu ke mana Haji Shafie bawak budak2 JPA nie..aku tak panik..aku tak panik.....aku jalan buat2 bodoh jer ke klinik pakar sebab tu jer tempat kitorang belum pergi..aku hantar SMS pada tiga orang rakan tapi tak ada jawapan..

Aku pun cari diorang di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G)..aku tanya kat kaunter, kakak tu tak tahu..aku pun ke Jabatan Perubatan..ada sorang abang cakap diorang kat dalam..okey, aku masuk..satu jabatan aku pusing, tak ada pun..pesakit2 yg ada kat situ tengok lain macam jer..macam aku nie makhluk asing dari planet Marikh..haha..aku blah ke Jabatan O&G sekali lagi..kali nie aku nak redah masuk jer..sekali aku tengok "dilarang masuk tanpa urusan"..aku pun cuak lar memandangkan tu bahagian sakit puan..nanti apa2 masalah aku yg dipersalahkan..hehe..

Aku terpaksa call Khoo, a very nice Chinese guy..thanks a lot, Khoo! Diorang berada di Jabatan Oftalmologi (mata)..diorang tengah tunggu apa entah lar..aku lega sikit..mana taknya..40 minit aku pusing hospital tu..berpeluh-peluh aku..haha..aku tanya diorang dah ke mana..rugi pulak rasa terlepas perjalanan diorang tadi..aku dimaklumkan diorang cuma ke bahagian Ear & Throat (E&T) dan dengar sikit penerangan..nasib baik tak banyak aku terlepas..kitorang kemudian dibawa ke Jabatan O&G kerana doktor tengah sibuk layan pesakit..lama jugak kitorang tunggu sebelum Sister Fariza bawak kitorang pusing jabatan tu..lepas habis, kitorang bergerak semula ke Jabatan Oftalmologi dan dapat jumpa Dr. Tan (bukan doktor yg bernama sama di Jabatan Kardiologi semalam)..dia cerita sikit pasal kerjaya dia..tapi dia kata dia menyesal jadi doktor sebab terlalu sibuk..huhu..i'm sorry for you, doktor~

Pukul 11 pagi kitorang berkumpul lagi di pejabat penolong pegawai perubatan..kitorang tangkap gambar kenangan dengan Encik Salleh sebelum ke Jabatan Kecemasan & Trauma sekali lagi (dah pergi pada hari pertama)..kitorang dipecahkan kepada tiga kumpulan..mula2 sekali aku & lima orang rakan perempuan (i'm the only hero) ke zon Merah (bahaya/resuscitation zone)..ini zon kecemasan yg memerlukan rawatan segera..misalnya kecemasan yg mengancam nyawa..kemudian kitorang bergerak ke zon Kuning dan akhirnya zon Hijau..diberi 90 minit, kitorang selesai cuma dalam masa 15 minit..lepas tu duduk2 jer depan bilik X-Ray..sampai doktor pun hairan.."semua nie nak buat x-ray ke?" tanya doktor..haha..kitorang gelak ramai2..

Pukul 12.30 kitorang pergi makan tengah hari..rehat2, solat..pukul 2.50 petang majlis penutup bermula..Dr. Sobariah sekali lagi bercakap kepada kitorang selepas hari pertama yg lepas..dia mintak wakil peserta berucap..wakil perempuan ialah Wafa dan malang sekali wakil lelaki ialah aku..aku pun tak tahu apa nak cakap..cuma ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital..hehe..penyampaian sijil dilakukan sebelum akhirnya bersurai tepat jam 3 petang..

Konklusinya, pengalaman tiga hari didedahkan dengan kerjaya doktor memang memenatkan dan kadangkala membosankan..but i have so much fun here..dapat kenal ramai kawan2 yg sama2 akan ke luar negara..belajar tentang beberapa cabang kedoktoran..di sini aku mewakili rakan2 semua ingin mengucapkan sekalung apresiasi khas buat Dr. Sobariah, Dr. Tan, Dr. Shanti, Dr. Aqilah, Sister Fariza, Sister Siti Fatimah, Encik Daud, Encik Shafie, Encik Salleh, Dr. Bahruddin, dan semua yg terlibat membantu kelancaran perjalanan kitorang kali nie..thanks so much..hanya Allah dapat membalas jasa kalian..sekian saja jurnal entri 3 hari berada di hospital..kepada rakan2 seperjuangan aku nanti, see you in Intec!! :)













p/s : Lenguh seluruh badan 3 hari di hospital...baru 3 hari? OMG..



6 comments:

Anonymous said...

fuyyooohh. cambest je die. mmg smgt.
gud luckkk~~~~

suha said...

hehe nice ending (^_^)
u gonna be a doctor 4 de whole life okei..tp senang gak kalo awk jd doc,kompem cik suha dpt wat treatment free nnti lalala

M Fizan said...

@i am S!L4H.. thanks so much..huhu

@suha hahaha..no prob..dtg jer wt appointment n knalkn diri sbg blogger cik suha..free of charge..lalala..thanks for reading all the entry cik suha :)

suha said...

wow!tawaran hebat..takpe2 cik suha akan sentiase ingat offer neh even 4 de next 8years (^_^)

hehe u read mine,then i read yours :)
cetengok kat bloglist cik suha,ade name awk..

tomatokering said...

wahh ~ bakal doc .. nak free ~ lalalalal ~

M Fizan said...

@suhayer ingat2..tawaran hebat nie..lalala :D

thanks cik suha..sy bca ikhlas jer sbb sy ske..x sngka cik suha baik hti kunjung balas ^_^

@tomatokering :) heee..diskaun boleh kn? :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif