Welcome To My Life...

Friday, May 20, 2011

FC 9 : Raja Midas Yang Diaibkan

[entri sukan..sila scroll down atau baca dengan penuh minat..hoho]

Salam berblog..menjelang final Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011 yg sangat dinanti-nantikan nie..tentunya peminat Barca dan Red Devils tak sabar-sabar menanti tanggal 28 Mei..tinggal 9 hari lagi..marilah bersama aku kita menyoroti kisah-kisah sensasi sepanjang kejohanan musim ini..kita countdown sambil mengimbas kembali beberapa kisah yg akan dikenang dalam lipatan sejarah..

Kenapa tajuk entri seperti di atas? FC maknanya Final Countdown..bererti kiraan menurun menjelang final Liga Juara-Juara Eropah..9 plak bermaksud tinggal 9 hari lagi..walaupun final di Eropah sana berlangsung pada 28 Mei, tapi kita di Malaysia hanya akan menyaksikan final itu pada pukul 2.45 pagi 29 Mei 2011..hehe..

Sekarang mari kita lihat salah satu kisah sensasi sepanjang kejohanan musim ini..


JOSE MOURINHO

Bergaya tak?

Jose Mario dos Santos Felix Mourinho diakui kawan dan lawan selaku antara jurulatih terbaik yg dunia pernah saksikan sepanjang zaman..Mourinho adalah jurulatih ketiga yg memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama dua kelab berbeza iaitu FC Porto (musim 2003/2004) dan Inter Milan (musim 2009/2010) selepas Ernst Happel (Feyenoord 1970 & Hamburg SV 1983) serta Ottmar Hitzfeld (Borussia Dortmund 1997 & Bayern Munich 2001)..

Mourinho sehingga kini telah memenangi tiga kejuaraan liga utama di Eropah..pada musim 2003/2004, beliau membimbing FC Porto memenangi Liga Portugal dan Liga Juara-Juara Eropah..beliau meneruskan karier hebatnya dengan membimbing Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2005 dan 2006..seterusnya Mourinho beralih angin dengan mengemudi Inter Milan memenangi kejuaraan treble Liga Itali , Piala Itali dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2009/2010..

Okey..mukadimah yg panjang..hehe..itu menggambarkan kehebatannya..sehingga dia menggelarkan dirinya sendiri "The Special One" dan dia dianggap memiliki sentuhan emas Raja Midas..tetapi langit tak selalunya cerah..musim ini dia dilantik sebagai pengurus pasukan The Galacticos, Real Madrid untuk merampas kejuaraan Liga Sepanyol dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah..untuk itu, beliau melakukan pembelian besar-besaran dengan membawa masuk Sami Khedira, Mesut Ozil dan Xabi Alonso yg cemerlang semasa Piala Dunia 2010..

Malang sekali buat beliau..Pep Guardiola iaitu jurulatih kelab terhebat dunia ketika ini, Barcelona, ada agenda lain..Mourinho telah gagal dalam musim pertamanya di Sepanyol..Barcelona telah memenangi Liga Sepanyol dan menewaskan Real Madrid 5-0 dalam laluan menjadi juara..malah Real Madrid telah disingkirkan Barcelona dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan agregat 3-1..segala cerita kehebatan Mourinho bagaikan lenyap di tangan Guardiola..egonya lebur..Raja Midas bola sepak telah diaibkan....

rujukan : atuk wikipedia

Nantikan entri seterusnya dengan kisah lebih sensasi!













p/s : Salam takziah kepada keluarga allahyarham blogger Abdul Hakim..


2 comments:

suha said...

waaaa entry bola (^_^)
bertambah ilmu pasal bola neh lalala

erk cik suha ade tag awk tok 1 GA..kalo rajen join la..pastu hadiah bg cik suha ..lalalala
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/05/random-giveaway-dr-fad-ali.html

M Fizan said...

@suha haha..mmg nk bg suha ilmu bola pn..lalala..ok2..hee

@アヌム ちゃん wsalam..thx singgah..and thx for compliment..nnti sy visit :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif