Welcome To My Life...

Saturday, May 28, 2011

Final Countdown : Medan Balas Dendam


Assalamualaikum.. ya.. telah tiba masanya.. inilah ketikanya.. masa untuk bersedia.. siapkan kopi dua jag.. tinggalkan kerja yg bertimbun.. lepak depan TV dengan segala mak nenek bantal dan selimut.. hehe.. masa yg dinanti-nantikan oleh kaki bola seluruh dunia telah tiba ke kemuncaknya.. final Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung hari nie (di Eropah) iaitu pada pukul 2.45 pagi esok, 29 Mei 2011, (waktu Malaysia).. hari nie adalah hari terakhir aku melakukan kiraan menurun.. tinggal kurang 24 jam..

Selepas menelaah dan berfikir serta merujuk SINI...sekarang aku akan melakukan analisis akhir..

Final yg paling dinanti-nantikan antara dua kelab terunggul di Eropah ketika ini.. pertembungan juara England dan juara Sepanyol, dua liga ternama dunia.. perlawanan ini membawa erti besar buat kedua-dua pasukan.. Barcelona ingin memenangi kejuaraan keempat selepas Barca menang pada tahun 1992, 2006 dan 2009..begitu juga dengan United selepas menjadi juara pada 1968, 1999 dan 2008.. pengurus United, Sir Alex Ferguson memburu kejuaraan ketiga selaku pengurus manakala bek tengah Barcelona, Carlos Puyol, memburu pingat kejuaraan ketiga selaku pemain..

Ramuan yg dimiliki kedua-dua pasukan hampir sama.. falsafah menyerang digunakan kedua-dua pengurus yg jarak usia mereka sangat jauh.. namun pendekatan mereka berbeza.. Barca lebih gemar menyimpan bola manakala United lebih terkenal dengan serangan tanpa henti.. pasukan dengan taktikal yg lebih berkesan malam ini akan menang dengan jurang gol yg tipis.. perlawanan ini pasti sengit dan mendebarkan serta dramatik..

Barisan pemain juga memiliki keupayaan seimbang.. Barca dengan kekentalan Valdes di gawang, ketenangan Pique dan Puyol mengemudi pertahanan, kreativiti Xavi dan Iniesta melakukan hantaran tepat, dan ketajaman Messi serta Villa menyudahkan serangan.. United juga tidak kurang hebatnya.. van Der Sar kebal di pintu gol, Vidic dan Ferdinand pakar mempertahankan kubu, pengalaman Giggs, larian tanpa henti Ji-Sung, asakan Nani dan Valencia dari bahagian sayap, juga kemampuan Rooney dan Hernandez menyudahkan peluang..

Debaran dijangka tamat dalam masa sebenar permainan tanpa tambahan masa.. sedikit kesilapan akan mencetuskan tangisan tragedi.. tidak banyak perbezaan kedua-dua pasukan yg terbaik di Eropah dan dunia ketika ini.. hanya taktikal yg efektif bakal menentukan siapa juara yg akan menjulang piala berprestij dan termasyhur di Eropah malam ini..Puyol atau Vidic?

PENGURUS
Sir Alex Ferguson - Karier pengurusan selama 25 tahun dengan deretan trofi dan silauan lensa kemasyhuran menjelaskan betapa Fergie ialah antara pengurus terhebat pernah disaksikan sepanjang zaman.. barisan pemain bersilih ganti namun Fergie masih memimpin pasukan dengan memburu kejuaraan Eropah ketiga selaku pengurus United..

Josep Guardiola - Baru beberapa musim menerajui Barcelona.. tetapi telah memiliki satu pencapaian yg sangat membanggakan.. memenangi 6 trofi kejuaraan dalam satu musim menjadikan karier pengurusannya begitu istimewa.. perbezaan usia yg jauh dengan Fergie.. mungkin kurang pengalaman tetapi kepakaran menyusun taktikal hampir setara.. telah memenangi kejuaran selaku pemain dan pengurus.. kini memburu kejuaraan kedua selaku pengurus Barca

BARISAN KEMUNGKINAN
BARCELONA
Formasi 4-3-3

Victor Valdes (29 tahun) - Penjaga gawang yg tenang dan kebal
Dani Alves (28 tahun) - Bek kanan yg rajin membantu serangan
Carlos Puyol (32 tahun) - Kapten dan bek tengah yg komited
Gerard Pique (24 tahun) - Bek tengah yg sukar dilepasi
Adriano (26 tahun) - Bek kiri yg berpengalaman
Xavi Hernandez (31 tahun) - Jeneral tengah yg kreatif
Sergio Busquets (22 tahun) - Kental selaku pemain tengah bertahan
Andres Iniesta (27 tahun) - Pakar umpanan tepat
Lionel Messi (23 tahun) - Pemain terbaik dunia yg licik
David Villa (29 tahun) - Penyerang yg prolifik
Pedro Rodriguez (23 tahun) - Memiliki larian yang pantas


MANCHESTER UNITED
Formasi 4-4-2

Edwin van Der Sar (40 tahun) - Penjaga gol yg kebal
Rafael da Silva (20 tahun) - Bek kanan yg pantas
Nemanja Vidic (29 tahun) - Bek tengah yg cekap
Rio Ferdinand (32 tahun) - Bek tengah yg sukar ditandingi
Patrice Evra (30 tahun) - Rajin membantu serangan
Antonio Valencia (26 tahun) - Laju dan hantaran yg tepat
Michael Carrick (29 tahun) - Pakar umpanan memecah pertahanan
Park Ji-Sung (30 tahun) - Larian tanpa henti
Nani (24 tahun) - Sayap yg berskil tinggi
Wayne Rooney (25 tahun) - Pemain yg agresif dan teknikal
Javier Hernandez (22 tahun) - Penyerang prolifik yg pintar

KUNCI PENENTU KEMENANGAN
Messi vs Vidic - Messi yg lincah dan sukar untuk disekat akan bertemu lawan yg setanding.. Vidic dijangka menghadiahkan memori yg pahit untuk dikenang oleh Messi sepanjang hayat..

Xavi vs Carrick - Carrick pasti mengidamkan untuk memadam kenangan 2009 apabila didominasi oleh Xavi.. kali ini Carrick berpeluang untuk membalas dendam dan harus menguasai bahagian tengah untuk membuka ruang serangan bagi United..

Villa vs Rafael - Messi akan menggempur dari tengah, maka Villa akan bergerak naik dari sayap kiri dan harus berdepan Rafael.. walaupun Rafael masih muda, dia sangat tenang dan kompetitif.. Rafael diharapkan mampu mengekang Villa..

Ji Sung vs Iniesta - Ji Sung terkenal dengan larian tanpa henti dan tidak mengenal lelah.. dia juga sentiasa beraksi cemerlang dalam perlawanan besar... pertarungannya dengan Iniesta yg pakar dalam membuat umpanan tepat akan menjadi kunci kemenangan kerana Barcelona sering menang kerana lebih banyak menguasai bola..

Rooney vs Puyol - Gempuran Rooney semakin mencapai kemuncaknya sejak kebelakangan ini.. berita buruk buat mana-mana pertahanan.. tetapi Puyol berpengalaman menjulang trofi ini dua kali pada 2006 dan 2009.. pertarungan ini penting buat United..

Hernandez vs Pique - Musim pertamanya bersama United.. namun Hernandez telah mencipta masalah buat semua pertahanan setiap kali dia beraksi.. pakar mencium peluang dan mampu menyudahkan hantaran dengan pelbagai cara.. Pique telah beraksi cemerlang sejak berpindah dari United.. pertarungan yg dijangka sengit..

Valencia vs Adriano - Valencia dijangka memulakan perlawanan di sayap kanan.. Adriano yg hanya menggantikan Abidal dijangka menghadapi mimpi ngeri kerana Valencia sangat pantas dan berkaliber membuat hantaran silang yg berbahaya..

Nani vs Dani Alves - Nani yg berskil tinggi dan berkemahiran menggunakan kedua-dua belah kaki mampu menyusahkan Dani Alves selaku bek kanan.. jika Dani Alves menghabiskan masanya cuba mengekang Nani, sukar untuknya membantu bahagian serangan seperti biasa..

RAMALAN
Barcelona menjadi pilihan ramai.. namun United akan mencapai kemuncak prestasi malam ini..
sukar untuk meramal kesudahan perlawanan hebat ini..
Hernandez akan memusnahkan Barca..
Barcelona 1-3 Manchester United















p/s : Jantung berdegup kencang...

8 comments:

MAA Marketing said...

terbaikklah..secara details ulasan..papepun kita tgk nti..hehe

suha said...

cik suha nak 4-2..xkire la memane pon yg score,asalkn 4-2 (^_^)

kalo trget betol,sila banje cik suha bila dh ade kt s.alam ye lala

M Fizan said...

@OhMyLordhehe..we wait n see lar :D

@suha lalala..cik suha xkn betol ...ngee =P

suha said...

hikhik org dah rasuah dorang okei..bru je kol tadi,dorang ngah sebok warm up..erk?(^_^)

M Fizan said...

@suhahaha..no chance lar cik suha..never will be..ape nie kaunselor men rasuah :P

MAA Marketing said...

anda punya ramalana salah sama sekali..terbalik pulak tu...sepatut bro predict la barca 3,MU 1, barulah MU menang..hehe ^_^..peace :)

suha said...

hikhik kaunselor comel harus merasuah (^_^)

erk ayark..ramalan xtepat..lgpon cik suha rasuah ngn kepsi je,dorang prefer pizza lak..

3-1 memang tepat hehe

M Fizan said...

@OhMyLord hehe..x slah sma skali..score tpat bro..trbalik jer..not my day..huhu..peace yaww! :)

@suha hehe..mmg tepat..tp team trbalik..huhu..kaunselor x baik ooo merasuah..nnti klien pn tiru..huhu

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif