Welcome To My Life...

Saturday, May 21, 2011

Kongsi 7 Juta

Assalamualaikum..selamat malam..aku harap tak ada sesiapa yg menyalahtafsirkan tajuk di atas..huhu..bukan ada sesiapa yg teramatlah baik hati nak kongsi RM7 juta dengan aku..tapi filem Kongsi arahan Farid Kamil yg belum sampai sebulan ditayangkan nie..hanya seminggu ditayangkan, Kongsi bakal menjadi penanda aras baru filem Malaysia dan sudah pasti dapat memintas kutipan RM8.3 juta filem Khurafat arahan Shamsul Yusoff..

Aku tertarik untuk membuat entri nie walaupun agak terlambat berbanding orang lain..huhu..semasa aku blogwalking, aku melihat banyak rebiu dibuat selepas beberapa blogger pergi menonton sendiri filem Kongsi dengan tagline "Lu Langsi, Lu Mati" nie..aku belum lagi pergi tengok..tapi apabila membelek akhbar Harian Metro hari nie, aku terbaca tentang kejayaan filem Kongsi mencapai kutipan RM7 juta dalam masa seminggu pertama tayangan..ini adalah kejayaan besar..bagi aku, segala komentar negatif yg dilontarkan tidak menggambarkan aura aktor yg memegang watak Tumulak dalam filem ini..dialah Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Shaheizy Sam..

Jumlah kutipan sebanyak itu menyampaikan 3 mesej tersirat iaitu :-

1 : Rakyat Malaysia semakin ramai ke pawagam

2 : Rakyat Malaysia hanya mahu dihiburkan semata-mata tanpa mempedulikan isu kandungan kurang memuaskan yg dicoret oleh para blogger..

3 : Aura Shaheizy Sam menjadi nadi penggerak kejayaan filem ketika zaman emas kegemilangannya kini..

SHAHEIZY SAM
Tentu ramai yg tahu akan bisa jejaka ini..anak kepada Kathy Fauziah dan adik kepada aktres Zizie Ezette ini telah mencipta fenomena baru dalam dunia perfileman negara..semua filemnya mencapai kutipan pecah panggung..antaranya termasuklah Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit The Series dan juga Ngangkung..selepas ini pula, lakonan hebat Sam akan dapat disaksikan dalam beberapa lagi filem terbitan MIG iaitu Sekali Lagi, 8 Jam dan Bini-Biniku Gangster serta sekuel Adnan Sempit 2 dan Ngangkung 2..

Mampukah siri pecah panggung diteruskan? Kita sama-sama nantikan...


Sekalung tahniah buat David Teo, Farid Kamil, Shaheizy Sam dan semua yg terlibat dengan penerbitan filem Kongsi.."Lu Langsi, Lu Mati"...












p/s : Tak suka ke panggung...


11 comments:

suha said...

hekhek kalo awk ade 7juta pastu nk kongsi ngan cik suha,ape salahnye (^_^)

M Fizan said...

hahaha..klau ad 7 juta, sy nk sedekah kt fakir miskin..blanja cik suha rm10 jadi lar..:p

suha said...

erk baru pasan nme awk nazif...style la konon terbalikkan jd fizan (^_^)

rm10?bleh la..nnti msuk MLM,kompem leh dpt juta2 hahaha*gelak nates*

tq tau psl bloglist..huhu xtau nape awk suke ngan entry merepek pnjg lebar point utama ayat last cik suha tu..tp terharu sbb awk sudi komen entry2 cik suha

pssst kalo ade entry xbest,komen gak tau..wat2 suke je hehehe

sorry sbb komen neh pnjg(^_^)

M Fizan said...

@suha fizan tu nama pena sy ..hehe..sesame..sy suka mukadimah pnjg n elaboration mnyimpang..haha..keep blogging!

Anonymous said...

best ! melatopp..

suha said...

hehe tetibe rase semngt nk berblog meningkat bile ade readers cm awk hehe

M Fizan said...

missdora :: ape yg meletop? hehe

suha :: bkn sng nk tarik minat sy bca..keep blogging~

Unknown said...

ehem. kalau ada 7 juta kasi kite singgit. nak beli coki2. ahaha

M Fizan said...

@EYFAaliasahaha..buleh2..xde hal~

Nur Faezah Roslan said...

kongsi lah sikit .hahaha!

M Fizan said...

@Nur Faezah Roslan haha..kongsi jgn x kongsi....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif